7/24/2008
HIMPUNAN PERDANA KAMPUS
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk mengisi masa ini dengan laman maya ini.
Di sini hendak dikongsikan betapa sebaknya dan betapa gembiranya hati ini bila anak-anak buah dapat menganjurkan himpunan solat hajat perdana awal semester di kampus yang mana dihadiri hampir 3000 hingga 4000 orang. Alhamdulillah di sini diri ini dapat mencari peluang dalam merencanakan suatu perubahan ke atas mahasiswa dan mahasiswi kampus. Betapa sebaknya bila melihat keadaan mahsiswa dan mahasiswi membanjiri majlis himpunan ini.
Inilah rahmat yang dapat dirasakan buat kali ini bila dapat memberi suatu input kepada mahasiswa dan mahisiwi dalam program ini. Niat di hati, moga himpuanan ini dapat merealisasikan suatu perubahan suasana di kampus dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah tema yang di bawa sempena himpunan solat hajat kali ini ialah "MENCARI KEBERKATAN MERAIH KEREDHAAN" yang mana hasil idea dan pemikiran sahabat-sahabat seperjuangan di kampus dalam merealisasikan perubahan mentaliti mahasiswa dan biah di kampus ke arah mencapai keredhaan, InsyaAllah.
Semoga nikmat yang diberikan ini membuahkan lagi pemikran-pemikiran yang hebat di kalangan penggerak mahasiswa islam di kampus.
Sekadar perkongsian. wassalam.
7/01/2008
Selamat Datang Sahabat Muslimin - Muslimat Ke Semester Baru
Assalamualaikum dan salam ukhwah untuk semua muslimin muslimat yang melayari lamat ini. Alhamdulillah, ku mengangkat syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya hari ini kerana masih lagi diberi kelapangan untuk sama-sama bersama para sahabat meneruskan wadah perjuangan ini.
Sempena menghadapi semester baru dan sempena meneruskan lagi agenda perjuangan mahasiswa pada hari ini, diri ini ingin membawa sedikit perkongsian untuk sama-sama kita muhasabah diri kita. Kehidupan di menara gading adalah suatu kelebihan kepada mahasiswa berbanding masyarakat. Setibanya di tempat pengajian selepas berjaya menamatkan zaman persekolahan di peringkat menengah terus digelar mahasiswa.Mahasiswa dalam ertikata sebenar seorang penuntut ilmu walau dalam apa jua bidang sekalipun.Jika hendak ditakrifkan mahasiswa dalam konteks dunia moden sekarang pelbagai maksud yang boleh kita letakkan dan sandarkan kepada mahasiswa. Adalah menjadi persoalan apakah kaitan mahasiswa diantara masyarakat? Apakah pentingnya mahasiswa terhadap masyarakat? Perlukah mahasiswa dikaitkan dengan masyarakat?
Segala persoalan memang memerlukan kepada jawapan dan rasional sesuatu perkara. Tapi apakah hari ini kita melihat persoalan yang timbul dikalangan masyarakat pada hari ini samada masyarakat luar kampus ataupun masyarakat mahasiswa di kampus sendiri keseluruhannya terjawab. Merujuk kepada 'tsunami' politik, 'tsunami' masyarakat, atau apa-apa 'tsunami' sekalipun yang melanda dunia pada hari ini, kenapa masih ada mahasiswa yang masih dianggap lesu? Sama-samalah kita jana perubahan.
Sahat-sahabatku sekalian.
Mungkin sebelum ini kita pernah bersedih, pernah sesekali merasa betapa malang untung nasib kita, 'selalu sahaja tersandung ketika berjalan'. Kita senantiasa meletakkan diri kita menjadi harapan pada dua hati ibu ayah yang ingin melihatkan kejayaan anaknya. Takut benar melihat mereka kecewa apatah lagi menitiskan air mata. Seorang anak diajar untuk mengejar kesempurnaan dengan usaha, kerana bagi kita dengan berusaha pasti akan berjaya. Lalu kita lupa bahawa natijah setiap sesuatu itu bukan ditangan manusia, tetapi Dia.
Apa-apa pun sama-sama kita membawa satu perubahan pada semester baru ini. Tidak salah kita membuat post morterm tentang perjalanan wadah perjuangan masa lalu. Kesempurnaan tidak mustahil akan tercapai jika benar tindakan betul-betul terlaksana.
Sahabat-sahabatku di medan perjuangan.
Janganlah kita bersedih lagi. Segala yang belaku pada setiap masa adalah suatu bentuk tarbiyah yang memang patut kita rasai dan alami.
Tidakkah engkau lihat, bagaimana burung yang tidak berakal itu pada paginya tidak mempunyai apa-apa, sepulang sahaja pada petangnya, ia membawa makanan. Dari mana ia mendapatkan rezeki itu jika tidak ia berusaha dan yakin untuk mencarinya? Bahawa beburung yang berterbangan itu tidak ada yang menahannya kecuali Allah.
Lihat sahaja wahai sahabat, semut yang menangung beban gula 2 kali ganda berat badannya, tetap juga diusungnya dengan gigih dan sabar. Sesekali rezeki itu hilang entah kerana ada gangguan di jalanan, terlepas lagi makanan untuk rakyatnya. Tidak pula ia berundur dengan tangan kosong sahaja, tetap juga ia bertasbih dan bertahmid kepada Allah tanda syukur. Pernahkah kita melihat semut ini membunuh dirinya sendiri hanya kerana ia gagal mendapatkan makanan? SubhanaLlah! Alangkah hebatnya Allah menjadikan binatang sekecil itu untuk dijadikan perbandingan kepada manusia.
Sebuah gerakan mahasiswa pada hari ini perlu mengorak langkah yang lebih jauh kehadapan. Perlu meletakkan diri sebagai pelatih kepada 'harimau' di mana kita merupakan orang yang akan mengawal segala perancangan dan menundukkan semua keegoan musuh dihadapan.
Firman Allah yang bermaksud (al-Anfal: 60): “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.”
Firman Allah lagi yang bermaksud (al-Taubah: 41): “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
Akhir kalam, moga perkongsian ini memberi sedikit natijah buat diri kita semua. Diri ini memohon maaf atas kekurangan mesej yang disampaikan. Apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk itu juga datang dari Allah , cuma disandarkan pada hamba yang dhaif ini.
Selamat datang sahabat-sahabatku ke semester baru. Moga wadah perjuangan ini terus bertapak dan marak dalam jiwa kita.
Wassalam.
6/26/2008
Liku-Liku Perjuangan Sentiasa Bernafas
Salam Perjuangan buat semua sahabat.
Sudah lama rasanya tidak meruskan lagi agenda syuhada di laman maya ini. Alhamdulillah, exam baru sahaja habis. Rasa kesunyian pula tanpa melakarkan wadah perjuangan di sini selama seminggu dua ini.
Alhamdulillah juga diri ini bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi ruang untuk berfikir sejenak, untuk mencari tazkirah, untuk melakar lagi corak-corak wasilah syuhada, memimpin sebuah perubahan bersama-sama dengan sahaat-sahabat lain.
Akhir kalam, moga liku-liku perjuangan ini terus bernafas dan menjadi satu wadah tarbiah dalam meneruskan agenda kita pada hari ini dan hari-hari mendatang.
Wassalam. :)
6/18/2008
PERJUANGAN masih panjang tapi KIAMAT sudah dekat
Diri ini sebagai sandaran untuk menyampaikan tazkirah @ peringatan yang takdirnya dilintaskan di benak fikiran, lantas mengolahkan suatu pengisian, moga memberi sedikit input kepada yang membaca.
Mutakhir ini kita tidak dapat lari dari pelbagai kemelut yang melanda dunia kita pada hari ini. Pelbagai petanda sebagai teguran buat manusia yang berfikir sejenak demi hari kebangkitan. Adapun hal ini jelas dan nyata dapat dilihat di negara sendiri, di negara orang dan seluruhnya. Ahad, 15 jun 2008, akhbar berita harian memaparkan satu kemelut yang melanda negara bila RM116.7j rebat dibayar pada hari pertama dan orang ramai bersesak hampir di seluruh pejabat pos di nagara ini seawal jam 7.30 pagi untuk menuntut rebat tunai yang dibayar kerajaan kepada pemilik kenderaan. Kalau dilihatkan di beberapa buah negara yang kita sedia maklum sebelum ini yang mengalami krisis makanan yang boleh dikatakan hampir seluruh rakyat di negara mereka mengalami kebuluran dimana fenomena sebegini menampakkan rakyat tersebut meronta-ronta meminta untuk diberi simpati atau pun bantuan daripada pihak-pihak berkenaan.
Hal yang sedemikian tidak mustahil boleh dikaitkan dengan fenomena yang melanda negara Malaysia bila rebat dibayar pada hari pertama dan memperlihatkan rakyat di negara ini sanggup bersesak dan beratur beramai-ramai hampirdi seluruh pejabat pos sekadar untuk mendapatkan rebat. Apakah kemelut yag melanda ini hampir sama dengan 'krisis kebuluran' yang melanda beberapa buah negara di dunia ini.
Apakah bencana ini merupakan salah satu tanda kiamat sudah hampir? Apakah perjuangan mahasiswa pada hari ini untuk membela agama, bangsa dan negara hanya perlu berada pada keadaan yang statik? Sejauh manakah perjuangan mahasiswa perlu dibangkitkan? Adakah masih perlu pada takuk yang lama?
Dunia hari ini juga memperlihatkan peperangan hanya perkara biasa dan mungkin menjadi suatu perkara yang relevan dengan zaman mutakhir ini. Tapi apakah perkara sebegini hanya dibiarkan, dibiarkan dan terus dibiarkan?
Berita harian, 18 jun 2008 mengutarakan tajuk :
- Taliban terus kemaraan
- Abdul Qadeer nafi jual pelan nuklear
Mungkin tidak perlu diceritakan berapa banyak lagi kemelut yang melanda nilai kemanusiaan pada hari ini. Tapi apakah kemelut ini hanya sekadar kemelut yang kita dapat lihat, atau apakah krisis ini hanya sekadar perlu diambil tahu ia hanya sebagai krisis, atau agenda yang sedang berlaku ini tidak perlu diagendakan balik oleh mahasiswa, atau sejauh manakah kita semua mahu bangkit? Tepuk dada, nilailah dengan iman dan taqwa.
Akhir kalam, diri ini hanya membawa suatu suatu pandangan untuk dikongsi. Apa-apapun perkongsian ini memerlukan lagi pandangan-pandangan lain yang lebih mantap untuk sama-sama membawa arus kebangkitan.
wassalam.
6/14/2008
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan bersama Belia Prihatin

Assalamualaikum buat semua muslimin muslimat.
Jumaat, 13 Jun 2008 bersamaan 9 JamadilAkhir, diri ana seperti sudah ditakdirkan untuk berada di masjid Telipot, Kota Bharu. Pandangan ana melihatkan ada sesuatu keraian di masjid tersebut.diri ana terpanggil untuk membuat tinjauan. Terlintas di fikiran ana, "apakah aku boleh keluarkan isu atau boleh buat liputan media untuk menyampaikan pandangan aku tentang majlis ini". Huh, angan-anganku rupanya tinggi juga. Tapi sesetangah pandangan mengatakan perlunya angan-angan untuk menghasilkan tindakan dan mencapai matlamat. Diri ini kadang-kadang menerima pandangan sedemikian.
Tinjau punya tinjau, sambil-sambil tanya juga ahli jemaah yang ada di perkarangan masjid, majlis apa yang sedang berlangsung. Hampir semua ahli jemaah yang ada kat sana mengenakan pakaian yang segak-segak, seperti suasana hari raya pulak. Baru ana tahu majlis tersebut merupakan majlis Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan bersama Belia Prihatin. 10 minit selepas azan asar berkumandang, tibalah 'eskot-eskot' Tengku Mahkota. Suasana sedikit meriah.
MAjlis tersebut bermula dengan solat asar, dan disajikan dengan kuliah asar oleh al-fadhil ustaz Saibon, seorang penceramah yang juga diminati ramai. Apa yang tertarik bagi ana, ana merasakan kerajaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan salah satu kerajaan contoh yang mana hampir semua pimpinan pada hari ini di pelbagai peringkat terutamanya di negeri Serambi Mekah ini mempunyai jiwa rakyat. Itu setakat pandangan ana. Mungkin ada pandangan lain.
Kadang-kadang terlintas juga di fikiran ana, apakah kecaknaan pemimpin pada hari ini (sekiranya 100% prihatin) kepada rakyat, dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang berlaku pada hari ini. Apakah harga minyak yang kita semua sedia maklum akan turun atau amasalah ini akan selesai. Apakah isu kebajikan sosial di kalangan mahasiswa di seluruh IPT mendapat perhatian yang sewajarnya? Sejauh mana keprihatinan pimpinan kita pada hari ini (terutamanya pimpinan negara kita pada hari ini).
Ana bukanlah pandai sangat mengulas, menganalisa dan sebagainya, tapi ana cuba mencari peluang yang da ini sekadar perkongsian dgn sahabat muslimin muslimat sekalian. Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk itu juga datang dari Allah, cuma disandarkan pada diri ana yang masih dalam kejahilan serta dalam mencari ilmu.
Wassalam.
6/12/2008
Pendekatan manusiawi bina kematangan, kebijaksanaan siswa
Saya bukannya bijak dalam berkata-kata, bukannya lantang dalam berpencak, bukannya mahir dalam menganalisis dan mengulas sesuatu perkara, tetapi peluang mesti dicipta, peluang mesti direbut, peluang juga mesti diberi kepada diri sendiri.
Bagi saya, mahasiswa hari ini adalah calon-calon pimpinan negara pada masa akan datang dan tidak akan lari dari memimpin perubahan. Hari ini kita dapat melihat mahasiswa mula bangkit untuk bersuara dan sebagainya. Hari ini kita dapat lihat mahasiswa mula menunjukkan taring masing-masing. Hari ini juga kita dapat lihat dan saksikan mahasiswa mula merencanakan peluang masing-masing kearah membangkitkan isu-isu nasional dan isu-isu global.
Alhamdulilah, inilah suatu nikmat yang perlu pimpinan nagara pada hari ini perlu bersyukur kerana adanya golongan-golongan yang mampu memberi pandangan dan gesaan kepada kerajaan yang mana menunjukkan pimpinan tidak perlu egois dengan kuasa-kuasa yang dipegang. Hal ini kerana mereka terpaksa mendengar suara-suara rakyat, khususnya suara anak-anak muda (mahasiswa) pada hari ini kerana mahsiswa inilah yang akan mencorakkan dan akan bangkit memimpin perubahan pada masa akan datang.
Perkara ini bertepatan dengan pandangan daripada Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah yang merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)yang mana berbunyi
" Kita sedang berdepan tuntutan masyarakat bahawa pembentukan generasi siswazah yang sedemikian adalah tanggungjawab universiti. Ia juga seolah-olah sudah menjadi kontrak sosial antara universiti dengan masyarakat yang berlangsung secara berterusan.
Tuntutan dan harapan masyarakat sudah semakin bertambah dan lebih mendesak lagi dalam era globalisasi ini. Kepantasan jaringan internet menyaksikan maklumat dan ilmu pengetahuan berada di hujung jari dengan hanya satu petikan.
Tiada siapa dapat menjangkakan, apakah nanti ilmu pengetahuan dan maklumat itu akan menyuburkan atau memusnahkan kekayaan, keselamatan negara, kestabilan politik, alam sekitar, keadilan dan kesejahteraan kehidupan sosial kita.
Keruntuhan Syarikat Enron Corporation pada akhir 2001 misalnya, memperlihatkan pentingnya golongan profesional peka dan cekap mengenal pasti dan menilai ancaman terhadap kebebasan iktisas atau organisasi mereka.
Keadaan ini juga amat bergantung kepada tahap penghayatan serta keakuran organisasi terhadap piawaian profesional tertinggi berasaskan bukan sekadar peraturan, malah menjangkau prinsip etika.
Dalam memperkasakan pelajar dengan ilmu pengetahuan terkini atau kemahiran menjana ilmu terbabit, universiti berkewajipan memimpin pelajar mengaplikasi ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan awam dan merumuskan sesuatu keputusan berasaskan kematangan, kebijaksanaan serta prinsip nilai dan etika.
Kebijaksanaan dikatakan matang bersama peningkatan usia. Bagaimanapun, kita tidak mampu menantikan peningkatan usia untuk melihat kematangan dan kebijaksanaan itu kerana siswazah kita diharapkan mampu mempamerkan kematangan serta kebijaksanaan sejurus lulus dari universiti. "
Kenyataan sebegini perlu menjadi wadah dan perlu dijadikan satu pemikiran kepada golongan penggerak-penggerak mahasiswa.
Saya hanya berpandangan sebegini untuk sama-sama kita berkongsi idea.
wassalam.
6/11/2008
Akibat Berbuat Maksiat
Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa". Maksiat Menjauhkan pelakunya dengan orang lain. Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyiandan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungandengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri.
Seorang salaf berkata," Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".Maksiat menyulitkan urusan. Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya. Maksiat menggelapkan hati. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RAberkata,"Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan padawajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan.Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dankebencian makhluk".
Maksiat melemahkan hati dan badan kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatimya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedangdia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaiman kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizikbangsa Persia dan Romawi.Maksiat menghalangi ketaatan orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghaalnginya darimemakan makanan lain yang lebih baik.Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkahan. Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaata, ibadah, cintadan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.
Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuatmaksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untukbertaubat.
Akhir kalam, moga perutusan ini menjadi sedikit mau'izoh buat kita semua.
