6/12/2008

Pendekatan manusiawi bina kematangan, kebijaksanaan siswa

Salam perjuangan untuk semua.

Saya bukannya bijak dalam berkata-kata, bukannya lantang dalam berpencak, bukannya mahir dalam menganalisis dan mengulas sesuatu perkara, tetapi peluang mesti dicipta, peluang mesti direbut, peluang juga mesti diberi kepada diri sendiri.

Bagi saya, mahasiswa hari ini adalah calon-calon pimpinan negara pada masa akan datang dan tidak akan lari dari memimpin perubahan. Hari ini kita dapat melihat mahasiswa mula bangkit untuk bersuara dan sebagainya. Hari ini kita dapat lihat mahasiswa mula menunjukkan taring masing-masing. Hari ini juga kita dapat lihat dan saksikan mahasiswa mula merencanakan peluang masing-masing kearah membangkitkan isu-isu nasional dan isu-isu global.

Alhamdulilah, inilah suatu nikmat yang perlu pimpinan nagara pada hari ini perlu bersyukur kerana adanya golongan-golongan yang mampu memberi pandangan dan gesaan kepada kerajaan yang mana menunjukkan pimpinan tidak perlu egois dengan kuasa-kuasa yang dipegang. Hal ini kerana mereka terpaksa mendengar suara-suara rakyat, khususnya suara anak-anak muda (mahasiswa) pada hari ini kerana mahsiswa inilah yang akan mencorakkan dan akan bangkit memimpin perubahan pada masa akan datang.

Perkara ini bertepatan dengan pandangan daripada Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah yang merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)yang mana berbunyi
" Kita sedang berdepan tuntutan masyarakat bahawa pembentukan generasi siswazah yang sedemikian adalah tanggungjawab universiti. Ia juga seolah-olah sudah menjadi kontrak sosial antara universiti dengan masyarakat yang berlangsung secara berterusan.

Tuntutan dan harapan masyarakat sudah semakin bertambah dan lebih mendesak lagi dalam era globalisasi ini. Kepantasan jaringan internet menyaksikan maklumat dan ilmu pengetahuan berada di hujung jari dengan hanya satu petikan.

Tiada siapa dapat menjangkakan, apakah nanti ilmu pengetahuan dan maklumat itu akan menyuburkan atau memusnahkan kekayaan, keselamatan negara, kestabilan politik, alam sekitar, keadilan dan kesejahteraan kehidupan sosial kita.

Keruntuhan Syarikat Enron Corporation pada akhir 2001 misalnya, memperlihatkan pentingnya golongan profesional peka dan cekap mengenal pasti dan menilai ancaman terhadap kebebasan iktisas atau organisasi mereka.

Keadaan ini juga amat bergantung kepada tahap penghayatan serta keakuran organisasi terhadap piawaian profesional tertinggi berasaskan bukan sekadar peraturan, malah menjangkau prinsip etika.

Dalam memperkasakan pelajar dengan ilmu pengetahuan terkini atau kemahiran menjana ilmu terbabit, universiti berkewajipan memimpin pelajar mengaplikasi ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan awam dan merumuskan sesuatu keputusan berasaskan kematangan, kebijaksanaan serta prinsip nilai dan etika.

Kebijaksanaan dikatakan matang bersama peningkatan usia. Bagaimanapun, kita tidak mampu menantikan peningkatan usia untuk melihat kematangan dan kebijaksanaan itu kerana siswazah kita diharapkan mampu mempamerkan kematangan serta kebijaksanaan sejurus lulus dari universiti. "

Kenyataan sebegini perlu menjadi wadah dan perlu dijadikan satu pemikiran kepada golongan penggerak-penggerak mahasiswa.

Saya hanya berpandangan sebegini untuk sama-sama kita berkongsi idea.

wassalam.

Tiada ulasan: