6/14/2008

Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan bersama Belia Prihatin


Assalamualaikum buat semua muslimin muslimat.

Jumaat, 13 Jun 2008 bersamaan 9 JamadilAkhir, diri ana seperti sudah ditakdirkan untuk berada di masjid Telipot, Kota Bharu. Pandangan ana melihatkan ada sesuatu keraian di masjid tersebut.diri ana terpanggil untuk membuat tinjauan. Terlintas di fikiran ana, "apakah aku boleh keluarkan isu atau boleh buat liputan media untuk menyampaikan pandangan aku tentang majlis ini". Huh, angan-anganku rupanya tinggi juga. Tapi sesetangah pandangan mengatakan perlunya angan-angan untuk menghasilkan tindakan dan mencapai matlamat. Diri ini kadang-kadang menerima pandangan sedemikian.

Tinjau punya tinjau, sambil-sambil tanya juga ahli jemaah yang ada di perkarangan masjid, majlis apa yang sedang berlangsung. Hampir semua ahli jemaah yang ada kat sana mengenakan pakaian yang segak-segak, seperti suasana hari raya pulak. Baru ana tahu majlis tersebut merupakan majlis Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan bersama Belia Prihatin. 10 minit selepas azan asar berkumandang, tibalah 'eskot-eskot' Tengku Mahkota. Suasana sedikit meriah.

MAjlis tersebut bermula dengan solat asar, dan disajikan dengan kuliah asar oleh al-fadhil ustaz Saibon, seorang penceramah yang juga diminati ramai. Apa yang tertarik bagi ana, ana merasakan kerajaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan salah satu kerajaan contoh yang mana hampir semua pimpinan pada hari ini di pelbagai peringkat terutamanya di negeri Serambi Mekah ini mempunyai jiwa rakyat. Itu setakat pandangan ana. Mungkin ada pandangan lain.

Kadang-kadang terlintas juga di fikiran ana, apakah kecaknaan pemimpin pada hari ini (sekiranya 100% prihatin) kepada rakyat, dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang berlaku pada hari ini. Apakah harga minyak yang kita semua sedia maklum akan turun atau amasalah ini akan selesai. Apakah isu kebajikan sosial di kalangan mahasiswa di seluruh IPT mendapat perhatian yang sewajarnya? Sejauh mana keprihatinan pimpinan kita pada hari ini (terutamanya pimpinan negara kita pada hari ini).

Ana bukanlah pandai sangat mengulas, menganalisa dan sebagainya, tapi ana cuba mencari peluang yang da ini sekadar perkongsian dgn sahabat muslimin muslimat sekalian. Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk itu juga datang dari Allah, cuma disandarkan pada diri ana yang masih dalam kejahilan serta dalam mencari ilmu.

Wassalam.

Tiada ulasan: